Monday, December 11, 2006

Dont Talk Big - A Sabahan Joke

What a better way to start your week by having a smile on this Sabahan joke. I thought it was hilarious knowing Sabahan yang a bit sinting2 at times.

Gengster Kepayan
Pada suatu petang di sebuah bulatan Sembulan, kereta kancil putih dipandu dengan perlahan. Tiba-tiba melulu laju sebuah kereta honda hitam yang hendak memotong kancil tersebut. Kedengaran bunyi "Thud!" ketika kereta honda melanggar sisi kereta kancil tersebut. Kereta honda pun berhenti dengan serta merta dan disusuli kereta kancil. Dengan tangkas keluarlah pemandu kereta honda tersebut menuju ke arah pemandu kereta kancil yang juga turut keluar dari kereta. Pemandu kereta honda yang berbadan tegap dan berotot-otot, memaki ke arah pemandu kereta kancil "Hoi!! Lu buta kah! Lu tilak kenal siapa wa! Wa gengster sini!" Dikoyaknya baju singlet yang dipakai lalu menunjuk kepada gambar tatoo di sebelah kanan lengannya "Lu tau ini APA!! ULAR TEDONG!!" ditunjuknya tatoo di sebelah lengan kiri pula "Ini!! KALA JENGKING!!" ditunjuknya tatoo di sebelah dada "Ini!! HARIMAU!!" dan ditunjuknya tatoo di sebelah belakang "BURUNG HELANG!!!!!".

Pemandu kancil yang dari tadi terdiam sahaja, perlahan-lahan mengeluarkan dompetnya. Dari dompetnya, dikeluarkan sekeping kad lalu ditunjukkan kepada gengster tersebut "Saya POLIS!! Ikut saya ke balai!!". Lalu polis tersebut pun bawalah gengster ke balai polis Kepayan untuk disiasat.

Semasa dalam bilik siasatan, polis tadi menghentak kuat meja di depan gengster tersebut dan memaki "LU TADI CAKAP LU GENGSTER!!! LU BAGI TAU INI APA!!!" sambil menunjuk ke arah tatoo sebelah kanan lengan gengster tersebut. Gengster tersebut pun menjawab dengan perlahan-lahan dan bergetar-getar "...iiitu ccaacciingg ceeraawwit...". Polis itu pun menunjuk ke arah tatoo sebelah lengan kiri pula "INI APA??!!!" gengster pun jawab "kkuuuummmbbanngg". "INI??" tanya polis sambil menunjuk arah dada ganster. "kukukukukuku...CCIIINGGG!!!!" jawab gangster. Dan akhir sekali tatoo di sebelah belakang "INI PULA APA!!!!" tanya polis. Gengster pun jawab dengan takut "bbbuuurruunggg pipipipipippiiiittt.....".

0 Comments:

Post a Comment

<< Home