Thursday, February 22, 2007

Games We Played When We Were Young

I cut and paste this article from an email I received from a friend's friend. I wish I could turn back the time and experience it one more time. But one thing for sure, I truly enjoyed and had a wonderful childhood. Happy Thursday everyone!

mainan masa kecik2...

Sep Tiang
Tak taula apsal panggil sep tiang. Sep tu mana datangnya pon tataula kan. Tapi main ni adalah layan ok. Espesyelli sebelum masuk kelas or masa waktu rehat. Dia paling best ada 4 tiang, ala yang dekat koridor tu la. Lepas tu kene ada 4 orang jaga tiang tu, sorang jadi monyet. Nantikan.. kan .. kan yang empat orang tu akan tukar-tukar tiang lepas tu yang tengah tu tryla rebut tiang yang mana-mana. Macam bingailakan tapi layan okkkkkkkkk. Siapa yang tak main tak stylola. Haha.

Orang Miskin Orang Kaya
Yang ni kene main reramai ok. Lagi ramai lagi best. Permainan ini macam ada pengajaran macamkan mula-mula sorang ni jadi miskin lama-lama dia jadi kaya. Eh, macam tak releven pulak. Tapi takpe, ok..Main dia macam ni, mula-mula nanti ada sorang jadi orang miskin dan ada lagi satu group yang ramai jadi orang kaya. Lepas tu budak miskin ni nyanyila "saya orang miskin..orang miskin..bla. .bla" lepas tu orang-orang kaya ni dengan sombongnya nyanyila pulak "saya orang kaya..orang kaya bla..bla" lepas tu orang miskin ni mintak satu kawan orang kaya. Go..on..on and on sampai orang miskin jadi orang kayaaaaaaaaa. .Moral, sape banyak kawan dia kaya.Eh macam tipu je tapi takpe. Abaikan. Yang paling best sambil main bolehsengih-sengih dekat bofren yang tengah berpura-pura makan dekat pokok yangberhampiran, Hehe

Batu Semban
Ada tujuh kot kalau tak silap.Chics selalu pow nenek kain perca sebab adalah hendak membuat batu semban. Siapa yang stylo batu semban bentuk tigasegi sape tak reti jai t buat jela bentuk segiempat.Lepas tu isi beras atau kacang hijau. Layan ok main ni, masa nila nak tunjuk skill expecially bila part last- last yang nak sampai one game or two game. Budak-budak lelaki pon main ni, jangan tatau ada yang terrer dari pompuan. Ada sorang budak ni nama dia rejjal agak lembut-lembut jugak. Jambu ok die ni, tererrrrr main nihhhh, kalau dia main aku rasa macam malas nak main sebab die je menang tapi skrang dia adalah telah menjadi banker. Peringatan: siapa nak jadi banker sila main batu semban dari skarang.

Zero Point
Main getah yang sangat best.Mula-mula start dari part yang tak tinggi makin tinggi level getah tu makin tinggi dimana sebagai seorang yang pendek, saya adalah memfail dengan cemerlang sekali tapii haaa, adalah boleh buat aksi gimnastik bila sampai part tinggi. Part yang mencabar adalah part ' gila ' . Ouiih, kalau tinggal sorang and orang lain mati boleh pening ok main gila ni. Lepas habis tu komfem peninggg.Lagi satu ayus. Hoih. Sakit gila kene libas dengan getah. Nak nak yang ayus tu perempuan gila. Muka siap berkerut-kerut sebab nak ayus kuat-kuat. Gila keji. Tapi saya ini adalah main permainan ini sampai tingkatan lima bersama tetek-tetek semua. Sambil main depan blok c, sambil curik buah mangga makcik selvi [hey, it rhymes!]. Lepas tu mesi kene marah dengan senior sebab bising sangat. Elehhhh tak takoooot.

Baling Selipar
Ni selalu main dengan budak lelaki. Diorang ni jahat ok, suka nak baling kuat-kuat. Siapa pakai selipar tat seng siapla. Habis berbirat badan. Budak-budak ni sukala nak membelasah orang. Masa dah baling tu menggulupur nak susun selipar betul-betul. Sape yang ko-ol mungkin berjaya kalau siapa yang menggulupur seperti diriku ini adalah fail. Yang ni pon dah form 5 main jugakkkkkkkkk. Best okkkkkkk.

Tutup Botol
Masa dulu air gas semua dalam botol, takde yang dalam bekas plastic. So kejenye kumpul penutup botol and main jentik-jentik. Tapi bukan sebarang jentik ok, kene ada susunan dia la. Tak ingatla susunan dia tapi yang paling ingat bentuk jamban. Rupa dia adalah sekeji nama dia ok. Susah gila nak lepas stage ni, kene lompat-lompatkan penutup tu. Tapiiiiiiii, Chics adalah agak terrer juga cuma kalau main dengan budak-budak lelaki yang hustler habislah aku. Hehehe.

Bola Kertas
Main bola pakai kertas, padang die pon kertas, pemain die pon kertas. Semua kertaslah! Pemain die kene potong empat segi tapi lipat dua. Kalau nak power jangan guna kertas lembik, kene guna kertas keras. Pompuan jarang nak main tapi aku main je. Walaupun tak tau siapa nama pemain-pemain tapi layankan aje. Dulu selalu main dengan bofren dan kawan-kawan bofren. Kecoh gila masa main ni sebab ehe.. aku emo.

Nama, Negeri, Buah, Binatang
Haaa, yang ni agak educational. Semua kene ada kertas dan pensel. Selalunya main ni masa dah siap buat latihan dalam kelas. So cepat-sepat siapkan latihan, kalau tak pon tiru jela sebab nak main. So nanti bahagikan kertas tu kepada beberapa bahagian dan garaiskan atas tiap-tiap column tu tulisla nama, negeri, buah, binatang and tahaper-haper lagi. So nanti sorang akan pilih sau hurup. Katakanla "H" so semua kene fikir nama start dari H, binatang dari H and so onlah. Last last sekali compare. Siapa yang bagi jawapan sama kene share makah, siapa yang tak sama dapat 100. Last-last kireeeeee siapa makah paling tinggi dialah menang. Haha [aku gelak sebab aku selalu menang, hihi]. Yang ni campur India , cina, mlayu, lelaki, pompuan seme boleh mainnnn.

Pepsi Cola
Ni keji. Sangat keji. Main pijak kasut orang. Mula-mula nyanyila pepsi cola..bla..bla. .tak ingatla ape tah.Last-last sekali jaga-jaga sape lembap habisla kasut dia kene pijak. Kalau main sebelum kelas start habislaaaaaaaaaa kasut komfem hitam lepas tu kene marah dengan cikgu. Chics adalah jarang main sebab dia lembap dan prefek. Yela, prefek kene jaga imej okkkkkkkkkkk. Mana boleh kasut hitam tak GKla mcam ni prefek kasut hitam. Adik Chics selalu main ni akibatnya satu hari dia telah dimarah oleh cikgu lukisan iaitu Cikgu Gladys "You look like you just came out from the dustbin". Cis, menjatuhkan reputasi aku sebagai pelajar contoh. Hohoh.

Pencurik dan Pemukul.
Ini best jugak, main masa dalam kelas jugak tapi paling banyak 5 atau 6 orang je. Yang extra tu kene take turn. So mula-mula koyak kertas kecik-kecik dalam 5 atau 6 keping bergantung kepada jumlah pemain and tulis wata-watak dalam kertas tu macam hakim, surirumah, pencurik, saksi, pemukul, polis and ape tah lagi. Lepas tu kocok [wtfla?] and semua amik sekeping sorang ketas and tengok dapat watak apa. Nanti suri rumah tu buat pengaduan " Saya telah dirompak, barang kemas saya telah hilang. Tolonglah saya encik polis" lepas tu dia kene teke siapa yang curik iaitu siapa yang dapat ketas tulis pencurikla. Kalau salah teke, hakim akan jatuhkan hukuman. Kalau dapat teka pencurik tu akan dihukum. Part hukum ni best, espesyelli kepada pemukulla sebab dia yang jadi tukang pukul. Hakim nanti bagitau brape panas brape sejuk. Contoh "5 panas 4 sejuk". Soooooo, pemukul akan pukul kaw-kaw orang yang kene pukul tu lima kali dengan pembaris 5 kali and pukul pelan pelan 4 kali. Kalau ade tak suke budak, siapla ko kene sebat dengan pembaris. Haha, kecik-kecik dah blaja mendera.Best best.

Patung Kertas
Yang ni paling layannnn. Patung tu kan , kalau tak pakaikan baju dia pakai bra dengan panty je.Lepas tu boleh pakaikan dia baju macam-macam ikut tempatla. Ada baju keje baju mandi. Lepas tu kan , nak beli die kene beli dekat bai roti. Hohoh. Tapi rasa macam dah takde je bende tu.

Skang tataula budak-budak main lagi ke tak game-game ni. Macam tak aje..Tak bestla korang budak-budak niiiii

He, dah habis dah. Jangan main-main pegi buat keje!!

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home