FAFC Dinner with Felix AF3 – A Review
Majlis ini diadakan pada 24 April 2006, 7.30 malam bertempat di Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu. Majlis ini juga merupakan majlis meraikan harijadi Felix yang ke-24 pada 3 April yang lalu susulan kepada majlis Birthday Bash yang diadakan di Klang Valley pada tarikh kelahirannya.
Dipahamkan Felix tiba di hotel sekitar jam 3 petang. Selesai sahaja briefing dengan pihak penganjur Felix pergi ke salun untuk mengunting rambutnya. Selepas berehat, sekitar jam 5.15 petang temubual dilakukan oleh wakil sebuah majalah tahunan tempatan dan sesi fotografi dijalankan di bilik penginapan Felix..
Penampilan Felix pada kali ini memang ada kelainannya. Dia kelihatan lebih tan (gelap kulit la tuh) maklumlah baru balik dari India untuk pembikinan video clip untuk album kompilasi – panas kot kat India tuh kan, hehe. Juga, tubuhnya kelihatan lebih langsing (dan kurus) dari yang dulu. Dipahamkan dia terlalu sibuk dengan show dan pembikinan rakaman album sehingga lupa nak makan. Artiskannn, memang very the busy around the clock gituh, tapi makan tuh satu kemestian supaya lebih kelihatan macho next time, hehe.
MC malam itu ialah Lissa and sumpit, antara peminat setia Felix dan forummers/chatters yang popular di laman web Felix Agus Fan Club (FAFC) – promosi sikit. Tapi sumpit nervous sikit malam tuh, kali perubahan penampilan diri ada side effects kot, hehe. Lissa cam besa, very the garang u cam harimau but still very the vogue, vast and menawan..
Majlis makan itu terdelay sedikit habis YB lambat sampai. Sekitar lebih lebih jam 8 malam majlis bermula. Tapi ni besalah kan, VVIP mah.
Selepas ucapan Felix yang terpendek di dunia (ucapan yang I pernah dengar lah setakat ini), MC pun memaklumkan dewan bahawa makanan akan dihidangkan. Tapi ada delay sikit lagi, makanan tengah dipanaskan kot .. isk, hotel ini very da slow.
Aktiviti cabutan tiket bertuah diselang selikan dengan aktiviti karaoke. Beruntung yang dapat hamper terbesar itu, very the mahal uu. I duduk kat meja VIP (tanpa tiket tapi kena bayar juga), so no chan nak rebut hamper tuh. Heyyyyy .. I belum dapat door gift lagi weiii!!! .. baru ingat! Oh ya setiap yang datang dibagi door gift direct from KL I dipahamkan – yang duduk meja VVIP dapat door gift yang besar sikit, yang duduk meja besa (RM50) tentula kecil sikitkan, tak kan nak yang lebi besar!
Jeng jeng jeng .. maka Felix pun dipanggil naik ke pentas untuk persembahan lagu pertama …. Baru nak mula .. ka booommmmmm, musik terhenti silap lagu rupannya .. isk, lain bunyi lagunya la pulak. Isk, rupa-rupanya lagu happy birthday lah pulak – nyanyian si boboi budak Brunei yang lucu itu. Kek pun diusung masuk naik ke pentas … lepas boboi abis nyanyi (memang lucu butul suara si boboi tu teringat suara jin jerangkung .. hehe) Felix tiup lilin dan no one clap hands. No one clap hands, very the heran kan ….
Felix sempat menjadi MC malam itu menggantikan para MC yang kepenatan ke sana ke mari kenervousan, hehe … Felix juga melawat setiap meja untuk sesi berkenalan dan bergambar dengan peminat-peminatnya. Siok I nampak artis ni tit tut tat kedengaran bunyi kamera setiap kali Felix berjalan ke setiap meja. Glamourkannnn. Felix juga menyampaikan lagu Hari Ini dan Semlm (betul ker tajuk lagu ni?) dan bergemuruh sorakan di dewan.
Artis undangan tempatan, Betsy Michael juga turut mendendangkan sebuah lagu dusun and berduet dengan Felix untuk lagu Jan Dustai Hatiku (betul ker tajuk lagu ni?). Memang best sakan. I pun menari keanak-anakan di tempat duduk maklumlah memang genre tarian yang I minati (gelilah pulak ber’I’ ‘I’ ni kan, hehehehe). Bila Felix menyanyi lagu dangdut Semut Merah, Felix mengundang beberapa orang untuk naik ke pentas untuk menari, diorang terus pergi. I tetap maintain ayu kat tempat duduk. Not my genre of tarian ler, kalu moden memang I lantak, che wahhh …
Dalam pertimbangan akan kesibukan Felix untuk aktiviti keesokan harinya maka majlis pun bersurai pada sekitar jam 10.45 malam. Krew krew pelaksana majlis (AJK lai tuh) stay put untuk bergambar gambar dengan Felix. Kesian Felix cam dirogol jak malam tuh oleh peminat. Tapi besalah bah kan, bila lagi kan!
Sekian. Fesyen Pakaian Peminat Felix akan menyusul di post akan datang. Jumpa di sana. Banyak pictures lain akan diupload dengan meng'click' di sini.
2 Comments:
Wah mesra ya sama felix! What have you done to him? Bagi jampi ya? Sampai tersandar di bahu kamu... ;)
kita kena korbankan sedulang hati nyamuk dan setiap seorang kena pakai susuk sampai Felix tersandar kat bahu kami .. hehe .. tak der lah .. mmg besa gan dia ...
Post a Comment
<< Home