Thursday, April 27, 2006

Fesyen Pakaian Peminat-Peminat Felix

Read previous and related topics by clicking the links below:-
* FAFC Dinner with Felix AF3 - A Review
* FAFC Dinner with Felix - Pictures Collection or simply click here


Fesyen pakaian peminat-peminat Felix di Majlis Makan Malam bersama Felix bukan main lagi. Al-maklum lah ini kan malam yang ditunggu tunggu oleh mereka. Walaupun tema pakaian malam tu sekadar casual but smart pelbagai fesyen pakaian dipakai pada malam tuh. Soseh-soseh I terdengar ada yang siap sewa baju khas untuk malam tu lagi. Classy kan, hehe. Di post ini I nak komen lah pasal baju baju yang dipakai pada malam tuh, bukannya apa sajalah tak der apa lagi nak tulis mengenai malam tu kan, lagipun satu kelainan untuk review malam tuh. Furthermore, blogs peminat Felix kesemuannya cakap benda yang sama saja kan.

Pertama sekali baju peminat Felix berasal dari KB ni cukup menarik perhatian waiter-waiter hotel pada malam tuh. Baju kebaya yang dipakainya bukan main lagi, transparent bertops itam malam tuh. Dengan dandanan rambut dan mekap dari Bodyshop penampilan dia malam itu very da Era Fazira tau, ada jugalah teman sebelah meja tuh bisik-bisik, artis ker budak tuh? Terautomatic I jawab, tak der ler bang artis tempatan jak, hehe.

Pengerusi pelaksana majlis - orang yang menjayakan majlis tu indak kurang hebatnya. Dandanan rambut style terpacak cam kena kejutan elektrik aka burung merak dan touch up mekap made in the salun juga. Mekapnya memang lawa ada glitter-glitter gituh sesuai dengan props lampu kat hotel tuh. Baju kebaya itam memberi seri kepada si pemakai walaupun sibuk mempastikan perjalanan majlis malam tuh. Satu kelainan lain dari yang lain dari segi ketrampilan berbanding masa-masa lain yang kitorang selalu jumpa dia.

Kawan baik I seorang ini pulak mengenakan baju bertemakan negara matahari terbit, very the Lugu Lugu gituh sesuai dengan tema warna fesyen dunia masakini, warna pink berlatarbelakangkan bunga-bungaan membuatnya bukan main bagaya lagi, lebi-lebi lagi low cutting pattern pada kedua-dua lengan blouse tuh. Sekali pandang very da mama-mama gituh - pewitttttttttt.

MC wanita malam tuh juga tidak ketinggalan. Memang casual sesuai dengan tema majlis. Siap dengan baju cotton nipis berkeping-keping ketat cam sutera. Sekilas pandang very the Adibah Nor. Dua kali pandang pasti serupa dengan pelakon Hong Kong yang cam muka Datuk Rafidah Aziz tuh. Cuma rambutnya indak ter'set' seperti rambut kiloy yang curl curl tuh. Kalu terset memang menarik perhatian pakcik-pakcik dalam dewan tu yah.
Pasangan MC malam itu sure heboh juga. Kerana terlalu nervous, suaranya yang very the macho tuh tetiba cam suara makcik-makcik memanggil anak-anak ayam balik gituh. Tidak disangka jejaka sederhana ini mendapat perhatian gadis-gadis peminat Felix malam itu. Soseh-soseh mengatakan 4-5 org gadis trus naik hati pandang kali pertama padanya. Siap memakai kontek lensa untuk penampilan yang lebih ranggih. Dipahamkan dandanan rambut kemas dengan bedak foundation mustika ratu kepunyaan cik zura. Juga memakai eye liner untuk menyerikan bahagian mata.

Kawan baik I yang berbaju merah cam pengalas meja ini juga tidak kurangnya. Baju merah berbranded (SODA kali tuh kan) berlengan panjang memang sesuai dipakainya, cuma very the pompuan gituh, hehe. Tetap anggun dan menarik. Soseh soseh kedengaran merah itu melambangkan kekuatan, keberanian dan kuat mengiggit kut - jan mare hehe.

Akak Ros pada malam itu very the fashionable sekali, bajunya sesuai untuk function-function malam seperti gala night gituh atau fashion show dinner cam tuh. Kalau tak silap baju tuh very the $$$. I predict dia leh menang anugerah baju tercantik malam tuh tapi nasip berpihak kat akak berbaju itam tuh la pulak.

Fesyen jejaka ini, kira best friend I juga memang clean-cut dengan putungan baju lengan pendek abstrak dipadankan dengan seluar jeans biru yang labuh/faded. Dikhabarkan ada juga gadis menyukainya pada malam itu, tapi tak berani kot nak berkenalan dengannya. Maklumlah dalam chatroom nak kata awan bumi berani tapi bila dah face to face bukan main the shy gituh.

Gadis yang dimaksudkan indak lain indak bukan suka sangat makan ice krim itu. Very the beautiful pulak orangnya. First time I jumpa dia. Kalau kawan I, adibah nor dan matahari terbit tuh tak perkenalkan manalah kitorang boleh jumpa-jumpa kan. Penulis berharap agar diorang berdua berakhir sampai ke anak cucu yah.

Pertama kali jumpa jejaka KB ni, isk isk rupa rupanya very the stylo juga bajunya. Katanya dibeli dari milimewa Tuaran. Very the lady lady gituh baju warna kuning muda berzip miring tengah ke kiri baju itu. First time I nampak lelaki memakainya. Tak sangka ya orang berbadan manpan cam Arnold SusahNakEja tuh suka baju gini gini. Tapi tetap menawan, jan mare hehe.

Fesyen 70s ini rupa-rupanya masih dipakai di abad ke-21 ini. Seluar jeans bertar lilin bersinar dibawah pancaran cahaya memang ranggih dipakai oleh jejaka ini yang dipadankan denga vest berciri tradisional ini. Fesyen-fesyen seperti ini harus diketengahkan lagi dan digalakkan dikalangan para belia.

I pulak malam tuh, isk isk besa besa saja. Very the au natural, no mekap no dandanan rambut (rambut dah nak botak dah ler pendek), so kira very the original jak, hehe.

Jan mare ya, setakat penyeri untuk blog ini sahaja. Kesemua komen-komen bodoh ini cuma sekadar imaginasi penulis jak, tak der yang betul. Yang betul dan yang pasti, kesemua mereka memang anggun-anggun dan kuntrul ayu sekali. Maklumlah jalan atas carpet merah kan, dah lah kat hotel kan, dan makan pun dengan silver fork dan spoon. Mengangkat gelas pun very the sopan one, hehe. Hingga ke temu di carpet merah akan datang. Salam. xx

6 Comments:

At 9:56 AM, Blogger josie said...

wakakakka....NDAK ADIL!!!! doi dia saja komen yg bagus-bagus...tapi memang smart ko malam tu jason...kalah artis..wakakaka....this is funny entry..loved it!...hehe

 
At 10:10 AM, Blogger jasonjay said...

jan korang ambil hati atau kicil hati ... indada kena mengena dengan yang hidup atau suda meninggal tuh .. kekeke

 
At 11:04 AM, Blogger josie said...

Ok bah jason..everyone loved it..this is fun to read mah...PLUS manatau kami bulih improve penampilan kami supaya macam artis next time..wakakka...

 
At 4:57 PM, Blogger Irzan said...

bagus bah gambarnya tapi sia nda minat sama felix so nda ada beza bah. ;)

 
At 11:09 AM, Blogger jasonjay said...

lain periuk lain la kuahnya kan mirul, lain orang lain la kesukaannya/idolnya ... cam ihab dia minat kat kak noraniza idris .. i tak minat tapi tarian dia i minat .. hehe.

 
At 11:44 AM, Blogger Rose said...

Wah!!! komen yg menarik, biarpun dlm nada gurauan.

Ndak sangka, ramai juga pula model2 di sabah ni ah??? hahahha

Terima kasih berkunjung ke blog :-)

 

Post a Comment

<< Home