Friday, June 09, 2006

Kaamatan Keluarga Felix AF3 - Kg. Purak Ogis

Kaamatan (Pesta Menuai) di kampung-kampung jauh lebh meriah jika dibandingkan kaamatan di peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Begitulah yang dirasakan oleh saya bersama 3 gadis pingitan semasa berkunjung ke Kg.

Purak Ogis Kota Belud untuk menyambut kaamatan yang dianjurkan oleh Keluarga Felix AF3 pada 7 May baru-baru ini. Setibanya kami disana deretan kereta membanjiri kedua-dua bahu jalan sepanjang setengah km ke rumah kediaman keluarga Felix. Nyata sekali penduduk-penduduk sekitar mahupun peminat-peminat Felix tidak melepaskan peluang merayakan kaamatan bersama-sama Felix dan keluarga.

Kami menghabiskan masa selama 3 jam disana sambil menjamu makanan yg dihidangkan dan dihiburkan dengan penyanyi-penyanyi kampung yang nyata memang boleh bernyanyi. Felix juga mendendangkan lagu-lagu kadazan untuk para pengunjung.

Terimakasih kami hulurkan kepada Felix sekeluarga dan ayah Oben yang cukup melayan kami semasa di sana. Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan kumaa toinsanan. Kopiruba id ka wagu. Iri-iri noh.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home